Bengkel Teknik Menjawab UPSR untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Malaysia telah diadakan di Dewan Permata SKSK selama dua hari. Bagi Bahasa Inggeris, ianya telah diadakan pada 26 Jun 2013 (Rabu) dengan penceramah jemputan, Encik Roslan Ahmad dari SK Seri Kota Puteri. Matematik dan Bahasa Malaysia pula telah diadakan pada 27 Jun 2013 (Khamis) dengan menjemput Pn. Asma Zakaria dari SK Taman Perling 3 dan bagi Bahasa Malaysia pula, En. Sahrin Masarin dari SK Angkatan Tentera.
28 Jun 2013: Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk aktiviti-aktiviti sempena Minggu Bahasa Malaysia anjuran Panitia Bahasa Malaysia telah diadakan pada di Dewan Permata. Hadiah-hadiah kepada para pemenang yang di pilih mengikut kelas telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1, Puan Zaiton bt. Jalaludin.
27 Jun 2013: Program Solat Hajat UPSR bermula dengan pendaftaran para murid dan ibubapa pada 6.30 petang. Solat Maghrib kemudiannya diimamkan oleh En. Mohd. Nabil. Diikuti dengan bacaan Surah Yaasin yang diketuai oleh En. Mohd Hapiz. Selesai bacaan Surah Yaasin, para hadirin dihidangkan dengan jamuan ringan.
|
Archives
November 2017
AuthorSK SERI KENANGA Categories |