Bahasa Malaysia (Pemahaman) : 98.9%
Bahasa Malaysia (Penulisan) : 98.9%
Bahasa Inggeris : 88.4%
Matematik : 95.8%
Sains : 92.6%
|
SK Seri Kenanga mencatat peningkatan bagi keputusan UPSR tahun ini dengan 9 murid berjaya meraih 5A serta 10 lagi murid turut memperoleh 4A 1B. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 2.02. Berikut adalah keputusan mengikut matapelajaran;
Bahasa Malaysia (Pemahaman) : 98.9% Bahasa Malaysia (Penulisan) : 98.9% Bahasa Inggeris : 88.4% Matematik : 95.8% Sains : 92.6%
0 Comments
Jamuan Jalinan Mesra dan Semarak Kasih anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) SK Seri Kenanga yang diketuai Encik Yuslizan Senan telah berlangsung di Hotel Tropical Inn. Majlis perpisahan untuk Encik Ahmad Nasarudin Federa Tajuddin yang akan berpindah ke SK Damansara Alif dan Encik Shahairi Suratman yang berpindah ke Kedah turut diadakan secara ringkas. Cabutan bertuah dan sesi nyanyian karaoke juga diselang-selikan bagi memeriahkan lagi majlis.
Majlis Anugerah Cemerlang ini diadakan dengan tujuan menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Diantara anugerah-anugerah yang diberikan adalah kepada 3 murid terbaik setiap kelas, Anugerah Mata Pelajaran Terbaik, Anugerah Aliran Terbaik, Anugerah Pembaca Terbanyak, Anugerah Kehadiran Terbaik, Anugerah Kurikulum Terbaik, Anugerah Kokurikulum Terbaik, Anugerah Sahsiah Terbaik dan Anugerah Tokoh Murid.
Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor16/11/2014 Majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat telah diadakan sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. Bacaan dipimpin oleh Encik Mohd Fadli bin Omar. Program ini turut dijalankan secara serentak di semua sekolah daerah Johor Bahru.
Majlis meraikan murid-murid tahun 6 dan Pra-Sekolah pada tahun ini telah diadakan di Dewan Sri Rahmat, Tampoi. Dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Norpisah binti Ibrahim, majlis turut dihadiri oleh Yang Di Pertua P.I.B.G., Dato' Md Shadip bin Mohd serta para ibubapa.
Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-28 telah dirasmikan oleh Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tengku Hamid Jumat. Acara-acara yang dipertandingkan adalah 100 meter dan 4 x 100 meter, disamping acara tambahan 4 x 100 meter jemputan sekolah dan diantara para guru dan ibubapa. Kejohanan turut dimeriahkan dengan persembahan pancaragam Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim. Rumah Panglima (merah) telah berjaya merangkul gelaran Johan Keseluruhan pada tahun ini. Rumah Mahkota (hijau) di tempat kedua, diikuti rumah Bendahara (biru) di tempat ketiga dan rumah Laksamana (kuning) di tempat keempat.
Acara-acara akhir sebelum sukan yang telah dijalankan pada 2 dan 4 November lepas adalah lontar peluru, rejam lembing, lompat tinggi, lompat jauh, 200 meter dan 80 meter berpagar.
Sambungan dari siri 1 tempohari, Persekitaran Pembelaran Maya Frog VLE adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Para guru didedahkan kepada cara-cara menggunakan VLE untuk membina laman sendiri, memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah murid, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah, malah boleh dilaksanakan di mana jua dan pada bila-bila masa.
Nur Aida Hamimi binti Ibrahim, murid tahun 5 Arif, telah mengharumkan nama SKSK apabila berjaya mendapat tempat selaku Naib Johan untuk Sirkit Pembangunan Skuasy Negeri Johor. Pertandingan telah berlangsung di La Granduer Palm Resort, Kulaijaya.
|
Archives
November 2017
AuthorSK SERI KENANGA Categories |