Sejarah
Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga pada awal penubuhannya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Perumahan S.E.D.C. Ia mula dibuka pada 1 Januari 1984. Seramai 562 orang murid, 14 orang guru dan 4 orang kakitangan merupakan kumpulan pertama yang memulakan sesi persekolahan pada tahun tersebut dengan diketuai oleh Tuan Syed Mustaffa bin Sulong sebagai Guru Besar pertama ketika itu. Guru Besar-Guru Besar yang pernah menerajui sekolah ini ialah :
1. Tn Syed Mustaffar bin Sulong (1984 – 1985)
2. Tn. Haji Abdul Rahim bin Ahmad (1985 – 1992)
3. Tn. Haji Husin bin Marjuki (1992 – 1995)
4. Encik Adam bin Adas (1995 – 1997)
5. Puan Radziah binti Mahadi (1997 – 1998)
6. Puan Hjh. Halimah binti Ismail (1998 – 1999)
7. Tn. Haji Mohamad Nor bin Rasah (1999 – 2002)
8. Puan Maselah binti Mohd. Tahir (2002 – 2012)
9. Encik Zamani bin Haji Ahmad (P.I.S.) (2012 – 2013)
10. Cik Norpisah binti Ibrahim (2013 – kini)
Pada bulan April 1984, Badan Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah dibentuk. Mesyuarat Agung penubuhannya telah diadakan pada 14 September 1984. Senarai nama Yang DiPertua PIBG yang pernah menyumbang bakti di sekolah ini sejak penubuhannya ialah :
1. Encik Yahya bin Ismail (1984 - 1987)
2. Encik Abdullah bin Bidin (1987 – 1989)
3. Encik Nasir bin Ahmad (1989 – 1990)
4. Encik Abdullah bin Awang (1990 – 1992)
5. Encik Awi Sapawi bin Johari (1992 – 1994)
6. Encik Ali bin Alwi (1994 – 1998)
7. Encik Suhairi bin Saadon (1998 – 1999)
8. Encik Mohd. Tamsir bin Kosnin (1999 – 2008)
9. Dato’ Mohd. Shadip bin Mohamad (2008 – kini)
Di awal penubuhannya SK. Perumahan S.E.D.C yang mempunyai dua (2) blok bangunan dua (2) tingkat ini hanya menjalankan satu (1) sesi persekolahan sahaja. Walau bagaimanapun pertambahan enrolmen murid-murid sekolah ini menyebabkan dua (2) sesi persekolahan dijalankan mulai tahun 1989 di bawah penerajunya ketika itu – Tn. Hj. Abdul Rahim bin Ahmad. Perubahan demi perubahan telah dijalankan untuk kemajuan sekolah. Seiring dengan pembangunan yang pesat kawasan perumahan dipersekitarannya, maka telah wujud keperluan pertambahan bilik darjah. Oleh itu satu blok bangunan setingkat yang mengandungi empat (4) buah bilik darjah telah siap dibina pada akhir tahun 1992. Sebuah lagi bangunan tambahan tiga (3) tingkat dengan tiga belas (13) buah bilik darjah berserta dengan sebuah (1) bilik Kemahiran Hidup telah siap dibina dan digunakan pada tahun 1994.
Era kepimpinan sekolah yang berubah-ubah juga telah membawa banyak perubahan dari segi fiikal, pentadbiran dan kurikulum. Penggunaan kad matriks diperkenalkan. Banyak pengubahsuaian juga telah dilakukan terhadap bilik guru, pejabat, surau dan bangunan sekolah ini. Keceriaan dan persekitaran sekolah juga turut mengalami perubahan dan penambahbaikan. Tidak dilupakan juga program-program kecemerlangan akademik selaras dengan kehendak Kemeterian Pendidikan Malaysia.
Pada tahun 2005 SK Perumbahan S.E.D.C telah diubah namanya kepada SK Seri Kenanga bertepatan dengan kedudukannya yang di kelilingi oleh blok-blok kawasan perumbahan Taman Kenanga.
Selaras dengan perkembangan dan pertambahan murid-muridnya, SK. Seri Kenanga sekali lagi dapat menambah sebuah (1) lagi blok bangunan empat (4) tingkat dalam tahun 2011 yang terdiri daripada bilik-bilik darjah, bilik kesihatan, bilik muzik, makmal sains, bilik seni, surau dan bilik-bilik khas yang lain. Di bawah bangunan ini juga telah dijadikan dewan terbuka untuk menjalankan program-program sekolah.